Tasha Shilla: Saya bukan perempuan escort
Pelakon nafi dakwaan akhbar, rancangan Melodi mengenai 10 artis wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran
Feb 14, 2015 | 05:30 AM
PELAKON Tasha Shilla meminta semua pihak supaya tidak mengaitkannya terlibat dengan kegiatan pelacuran sebagai gadis peneman atau escort girl.
Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak, 28 tahun, berkata isu yang ditimbulkan oleh program hiburan Melodi pada 8 Februari lalu benar-benar telah mencalarkan namanya sehingga ia menimbulkan persepsi buruk masyarakat.