MATA seniman jalanan, Encik Suhaime Roa, mungkin tidak dapat melihat sajian hiburan yang gah diketengahkan di pentas Akademi Fantasia kelmarin.
Bagaimanapun, pemuzik yang cacat penglihatannya itu tetap datang ke Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama isterinya, Cik Siti Aisah Sawie, 48 tahun, dan anak bongsunya, Puteri Suhaila, 13 tahun, bagi memberi sokongan padu buat Sufi.