Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Merinding bulu roma tonton 'Pengabdi Setan'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ULASAN FILEM

Merinding bulu roma tonton 'Pengabdi Setan'

Jan 17, 2018 | 05:30 AM



PENGGEMAR filem seram mungkin setuju jika penulis berkata filem Pengabdi Setan arahan Sisworo Gautama Putra pada 1980 antara filem sangat seram yang pernah Indonesia hasilkan.



Maka tidak hairanlah jika filem yang dilakonkan semula dengan tajuk sama arahan Joko Anwar itu sekarang berjaya 'pecah panggung' hingga meraih kutipan sebanyak RM7.2 juta ($2.4 juta) di Malaysia dan menarik seramai 4.2 juta penonton di Indonesia.



Meskipun filem terbitan Rapi Films itu lakonan semula filem 1980, jalan ceritanya berlainan sedikit.



Filem dulu berkisar tentang keluarga kaya setelah pemergian ibu mereka, Mawarti. Selepas episod duka itu, anak bongsu, Tomi, mula mengamalkan ilmu hitam untuk memperkuat dirinya.



Filem sekarang mengisahkan keluarga miskin yang kehilangan ibu mereka, Mawarni (lakonan Ayu Laksmi), setelah tiga tahun menghidap penyakit misteri. Berikutan pemergian Mawarni, suaminya (Bront Palarae) meninggalkan empat anak mereka untuk bekerja di luar kota.



Ketika empat beradik itu - Rini (Tara Basro), Tony (Endy Arfian), Bondi (Nasar Annuz) dan Ian (Muhammad Adhiyat) - masih bersedih atas pemergian ibu, mereka mula mengalami pelbagai kejadian pelik dan menyeramkan.



Mawarni kembali menghantui kehidupan anak dan ingin membawa mereka ke dunianya.



Sebagai penggemar filem seram, apabila filem ini digembar-gemburkan media seberang, penulis menjadi 'penasaran' kerana mahu tahu keistimewaannya sampai berjaya meraih kutipan tinggi.



Ternyata, filem tersebut tidak mengecewakan kerana berjaya membuat penulis menjerit ketakutan sambil menekup muka setiap 10 minit.



Pelakon berjaya meyakinkan penonton dengan watak masing-masing, terutama watak Bapak yang dibawa Bront.



Meskipun Bront kelihatan agak muda sebagai bapa Rini, cara beliau menjiwai watak itu cukup bagi 'menutup' masalah tersebut.



Jalan cerita juga ditulis dengan baik. Penulis sendiri tidak menjangkakan perubahan plot pada akhir filem.



Pengajaran penting yang mungkin boleh diraih ialah kadangkala manusia perlu melepaskan pergi perkara ataupun insan tersayang, biarpun bakal rasa sakit di hati.



Latar setiap adegan juga kelihatan seram dan realistik. Merinding bulu roma, terutama ketika melihat potret Mawarni yang tergantung di koridor rumah.



Sayangnya, pengakhiran filem tidak memberi kesan mendalam kepada penulis. Sebabnya, pengarah memilih 'bermain' teka-teki dengan penonton.



Peminat filem seram perlu menonton sendiri Pengabdi Setan, yang bakal ditayangkan di Singapura mulai esok, untuk menilai tahap keseraman filem tersebut.



Rasanya berbaloi membeli tiket wayang jika anda jenis menyukai filem yang betul-betul seram.



Penulis pun, kalau diberi peluang, akan menonton sekali lagi semata-mata ingin melalui detik saspens dan seram semula!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >