Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Video muzik terbaru Taylor Swift pecah rekod di YouTube, Spotify

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Video muzik terbaru Taylor Swift pecah rekod di YouTube, Spotify

Sep 09, 2017 | 05:30 AM



MESKIPUN reaksi orang ramai terhadap lagu dan video muzik baru Taylor Swift bercampur baur, karya itu tetap berjaya memecah rekod tontonan YouTube.



Video lagu barunya yang berjudul Look What You Made Me Do itu meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh 24 jam pelancarannya baru-baru ini.



Menurut YouTube, video penyanyi berusia 27 tahun itu menewaskan jumlah tontonan 36 juta yang dicatatkan penyanyi Korea Selatan, Psy, menerusi lagu Gentleman pada 2013.



Laman Variety melaporkan bahawa lagunya yang telah dimainkan lebih 8 juta kali menerusi Spotify pada hari pertama dilancarkan turut mencatat rekod dunia baru bagi lagu yang dimainkan paling banyak kali pada hari pertama dilancarkan di wadah tersebut.



Namun, video Swift itu menerima pelbagai kritikan daripada peminat dan media sejak dipersembah dalam Anugerah Video Muzik MTV 27 Ogos lalu.



Timbul juga spekulasi bahawa lagu berkenaan ditujukan kepada Kanye West disebabkan kontroversi lagu Famous nyanyian West sebelum ini.



Sebagai contoh, sebahagian lirik lagu itu berbunyi:



"Saya tak suka permainan kecil anda (I don't like your little games); tak suka pentas senget anda (don't like your tilted stage); peranan yang anda buat saya mainkan (the role you made me play); sebagai orang bodoh (of the fool); tidak saya tidak suka anda (no, I don't like you)."



Nama West memang tidak disebut, namun beliau pernah menggunakan pentas senget semasa membuat persembahan.



Selain itu, video muzik Swift dikatakan mengandungi beberapa rujukan kepada kontroversi dan drama yang pernah melanda dirinya, termasuk rujukan kepada bekas teman lelakinya penyanyi Calvin Harris.



Swift, yang mempunyai beberapa teman lelaki sebelum ini termasuk selebriti Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer, Jake Gyllenhaal dan Harry Styles, juga dikenali kerana menghasilkan lagu setiap kali putus cinta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >