DUA bakat Singapura, Wan Mohd Fuad dan Iana Eyzana, yang sudah mencuba nasib dalam peraduan realiti di Malaysia dan Indonesia, akan ditampilkan dalam persembahan Gah(kustik) Edisi Singapura di wadah digital Berita Harian minggu ini.
Wan, yang memenangi peraduan Instagram Astro sempena peraduan Duo Star tahun lalu dan berpeluang menyanyi bersama juara pertandingan tersebut, Syamel, akan menyanyikan singlenya, Hapus.