SENTIASA JELITA: Aktres Maya Karin kelihatan selesa dan ceria dengan skirt gaun berwarna-warni ini daripada Melinda Looi.
GAUN SAAT AKHIR: Pada awalnya Shenthy Feliziana sepatutnya hanya menjadi hos belakang tabir bagi rancangan 'H!Live' untuk Astro, tetapi apabila diberitahu pihak penganjur APM mengundangnya untuk menyampaikan anugerah pada malam itu, beliau mula bingung memikirkan apakah pakaian yang harus dikenakan. Mujur jenama Cosry sudi menaja gaun berbunga untuk digayakannya dengan dipadakann dengan 'cape' sifon.