BUKAN suara, bukan juga pilihan lagu atau kehebatan muzik yang menjadikan Zamani Live In Concert di Dewan Konsert Esplanade begitu terkesan.
Melihat penyanyi utama kumpulan Slam itu secara solo mengagahi diri menguasai pentas pada Ahad lalu dengan keadaan tubuhnya yang kelihatan tidak selesa memang membuat sesiapa seperti merasakan kesakitan yang dialaminya.