Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Hidup lebih ceria dengan ada golongan pendamping masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hidup lebih ceria dengan ada golongan pendamping masyarakat

Jan 13, 2019 | 05:30 AM



MEREKA tiada sebarang pertalian darah.



Namun, itu tidak menghalang Cik Rahamah Moondari, 70 tahun, untuk menjalin hubungan rapat dengan jiran seestetnya, Cik Rahmah Ahmad, 76 tahun.



Apabila lalu di depan flat Cik Rahmah, jirannya yang lebih muda itu akan "menjenguk" dan memastikan warga senja yang tidak kuat berjalan itu dalam keadaan sihat.



"Kalau balik pasar atau pulang dari mana-mana pun, apabila saya lalu di depan flat Cik Rahmah, saya pasti jenguk beliau.



"Apabila pintunya terbuka, kami duduk berbual sebentar.



"Lagi pun, saya sendiri tiada sesiapa di rumah apabila suami keluar bekerja. Jadi saya ajak Cik Rahmah berbual sebentar.



"Bukan apa... saya bimbang juga apabila beliau sendirian di rumah, tiada siapa yang tengok-tengokkannya," kata ibu empat anak itu lagi.



Cik Rahmah memang sering sendirian di rumah apabila anaknya keluar bekerja.



Sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan bagi masalah katarak, dan pernah juga menjalani pembedahan ke atas salah satu jari kakinya.



Jika tidak menonton televisyen, beliau akan menghabiskan masa berbual dengan jiran-jiran bersebelahan flat tiga biliknya itu yang telah didiaminya sejak 56 tahun lalu.



Ibu empat anak dengan lapan cucu itu sebelum ini sering juga menyertai pelbagai kegiatan badan akar umbi yang berlangsung dalam estet perumahannya.



Tapi sejak kebelakangan ini, atas sebab masalah kaki yang tidak kuat, beliau lebih banyak menghabiskan masa di kawasan rumahnya saja.



Mujur beliau dapat menjaga dirinya dengan baik dan belum pernah terjatuh semasa di rumah.



Biasanya selain anaknya, beliau juga pernah ditemani Cik Rahamah yang merupakan relawan di bawah Program Perdampingan Masyarakat (CBP) jika berjalan keluar untuk menyertai acara yang dijalankan di estet tersebut.



CBP dianjurkan oleh 17 pertubuhan masyarakat di beberapa kawasanundi di serata Singapura.



Menerusi CBP, sukarelawan masyarakat menjalin persahabatan dengan warga senja yang hidup sendirian dan memastikan mereka yang dihampiri tidak sendirian dan masalah kesihatan mereka terkawal.



CPB dikendalikan oleh penyedia khidmat seperti Khidmat Masyarakat Fei Yue, Khidmat Masyarakat Presbyterian, Khidmat Masyarakat St Hilda's dan Thye Hua Kwan Moral Charities.



Cik Rahamah sendiri yang sudah bergelar nenek kepada dua cucu, tinggal di Blok 12 Kampong Arang, merupakan salah seorang relawan di bawah Khidmat Masyarakat St Hilda's.



Pusat khidmat itu terletak di Blok 10 Jalan Batu.



"Kami sudah lama kenal satu sama lain. Malah Cik Rahmah pun merupakan kenalan ibu saya.



"Jadi beliau dah rapat dengan saya, meskipun kami tiada sebarang pertalian," tambahnya.



Antara lain, Cik Rahamah berkata beliau diajar cara untuk sama-sama menjadi sahabat kepada jiran-jiran seestet dengan bertindak selaku "mata dan telinga".



Sekiranya ada masalah berkaitan jiran mereka itu, sukarelawan akan menyalurkan mereka kepada pertubuhan di mana mereka menjadi sukarelawan.



Naib Pengerusi Khidmat Masyarakat St Hilda's, Cik Lim Ai Siew, berkata sikap saling menjaga antara satu dengan lain dalam estet perumahan Kampong Arang merupakan amalan yang sudah lama diterap dalam kalangan penduduk di situ, yang ramai penduduknya adalah warga senja.



Mereka yang berminat boleh mendaftar untuk menjadi sahabat di laman www.moh.gov.sg/befriendasenior atau hubungi Singapore Silver Line di talian 1800-650-6060, antara Isnin dengan Jumaat mulai 8.30 pagi hingga 8.30 malam atau Sabtu, 8.30 pagi hingga 4.00 petang, tidak termasuk cuti umum.




"Kalau balik pasar atau pulang dari mana-mana pun, apabila saya lalu di depan flat Cik Rahmah, saya pasti jenguk beliau. Apabila pintunya terbuka, kami duduk berbual sebentar. Lagi pun, saya sendiri tiada sesiapa di rumah apabila suami keluar bekerja. Jadi saya ajak Cik Rahmah berbual sebentar. Bukan apa... saya bimbang juga apabila beliau sendirian di rumah, tiada siapa yang tengok-tengokkannya.''
- Cik Rahamah Moondari, 70 tahun, relawan di bawah Program Perdampingan Masyarakat (CBP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >