Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Hisyam Hamid tidak menyesal bina kerjaya di seberang Tambak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hisyam Hamid tidak menyesal bina kerjaya di seberang Tambak

Nov 08, 2016 | 05:30 AM



TIDAK ada penyesalan memenuhi benak pelakon kacak asal Singapura, Hisyam Hamid, dengan dirinya kini mencari rezeki sepenuh masa di Malaysia.



Walaupun sering berjauhan daripada anak-anak tercinta - Nurish Syameliah, sembilan tahun; dan Hayden, tujuh tahun, yang bersekolah di Singapura - Hisyam, 31 tahun, merasakan setiap langkahnya itu berbaloi demi masa depan keluarganya juga.



Di seberang Tambak, beliau bahkan berupaya membangun jenama 'Hisyam Hamid' dengan jayanya serta mendapat maklum balas daripada pengikut Instagramnya bahawa mereka suka foto kehidupan berkeluarganya yang sering dimuatnaikkan.



Dalam pertemuan bersama Gah! di ibu pejabat Astro sekitar Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil baru-baru ini, Hisyam, yang semakin meningkat kepopularannya selepas drama Astro Ria, Abang Bomba I Love You, 'meletup', berkata:



"Setiap pengorbanan itu ada nikmatnya. Saya akan berusaha mendapatkan tempat bagi Nurish dan Hayden bersekolah di Malaysia tahun depan agar kami tidak berjauhan.



"Tahun ini, rancangan tak menjadi kerana banyak proses perlu dilalui dan keadaan jadi kelam kabut. Hayden asyik bertanya dan tak sabar nak berpindah ke Malaysia. Nurish saja berat nak tinggalkan teman-temannya."



Dalam pada itu, Hisyam akur dan tidak pernah lupa dirinya adalah anak watan Singapura.



"Sebab itu setahun sekali saya mesti balik ke Singapura bagi projek saluran televisyen Suria seperti Demi Adriana dan Bunga Tanjung.



"Alhamdulillah,di Malaysia saya dijaga baik oleh penerbit, pengarah dan juga pelakon gandingan saya.



"Mereka yakin dengan kebolehan saya, bahkan buka pintu rezeki saya serta beri saya banyak peluang mencuba pelbagai watak mencabar yang mampu 'melekat' di hati penonton."



Menggunakan contoh drama Abang Bomba I Love You sendiri, Hisyam dijadikan sumber rujukan penerbit dan pengarah memandangkan kerjaya sepenuh masanya di Singapura dahulu adalah sebagai ahli bomba.



Pandangannya sering diminta berhubung proses kerja dan peralatan yang digunakan ahli bomba dalam drama itu.



"Sewaktu masih sibuk dengan drama Isteri Vs Tunang sekitar Februari lalu, saya sudah dilamar menerajui drama Abang Bomba I Love You.



"Baru sahaja disebut kekata 'bomba', saya dah teruja langsung terima tawaran! Tak fikir dua kali pun.



"Saya dan pihak penerbit pun tidak meletakkan sebarang jangkaan buat drama ini sebab sangka ia biasa-biasa sahaja mengenai kerjaya si bomba. Tapi alangkah terkejutnya kami apabila selesai episod pertama sahaja bilangan yang menonton langsung mencecah dua juta orang!" cerita Hisyam.



Beliau juga digandingkan dengan orang baru iaitu bekas peserta Akademi Fantasia 2013, Amira Othman, yang baru membina kerjaya lakonannya.



Justeru, peranan Hisyam juga adalah sebagai mentor yang membimbing anak muda itu agar tidak gugup dan selesa dalam set penggambaran.



"Amira masih baru dalam bidang lakonan. Banyak yang perlu dipelajarinya. Tapi beliau nampaknya memiliki ciri-ciri yang harus ada dalam semua pelakon - berdisiplin, tidak lewat ke set penggambaran dan dahagakan ilmu pengetahuan serta sudi belajar daripada yang tahu.



"Dalam hal ini saya gembira pihak Astro gigih mencari bakat baru bagi mengisi slot drama popular agar ia juga menjadi wadah bagi bakat ini dikenali ramai.



"Amira juga beruntung sebab tanpa beliau bertanya, ramai di sekelilingnya yang sudi membantunya memperkasa teknik lakonannya. Tidak semua pelakon baru dilayan sebegitu.



"Saya akur ada juga pelakon senior yang tidak akan berkongsi selagi si pelakon baru tidak bertanya. Tapi bagi saya, tak salah berkongsi dengan orang baru sebab kita pun nak lihat hasil menggalakkan pada produk yang kita jayakan bersama," tambah Hisyam lagi.



Memandang ke hadapan, Hisyam kini sibuk menjalani penggambaran drama komedi romantis, Andartu Kau Bidadariku, bersama wirawati pujaan ramai, Erra Fazira.



"Erra dah lama tak jadi pelakon utama dalam drama. Jadi pastinya drama 'kembalinya Erra Fazira ini' dinanti-nantikan peminatnya



"Saya pula jadi playboy yang suka berfoya-foya tetapi berubah setelah bertemu dengan watak Erra ini," katanya lagi.



Hisyam juga diberi kepercayaan menjadi bapa tunggal yang kematian isteri yang meninggal selepas melahirkan anak dalam drama Sayang Papa Saya Tak? Beliau dijangka bergandingan dengan Emma Maembong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >