MERANTAU sejauh Mexico bagi penggambaran drama Melayu memang sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh pelakon manis Zara Zya.
Tambahan pula, beliau biasanya tidak berani mengambil projek di luar Malaysia kerana risaukan 15 kucing peliharaannya yang dikhuatiri kesepian dan tidak tentu arah tanpa penjaga.