Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PERTANDINGAN RATU CANTIK MRS & MS SINGAPORE MALAYS INTERNATIONAL 2017/2018

Hubungan antara peserta kian rapat

Sep 16, 2017 | 05:30 AM



DARIPADA cabaran peribadi sehingga keinginan bertemu dengan kawan baru - demikian antara sebab mereka menyertai pertandingan ratu cantik Mrs & Ms Singapore Malays International 2017/2018.



Namun dengan pertandingan itu bakal melabuhkan tirainya malam ini selepas berlangsung sejak April lalu, yang pasti ialah mereka telah menjalin persaudaraan yang mereka yakin akan terus berkekalan selepas ini, kata finalis pertandingan itu yang ditemui Gah! baru-baru ini.



Sebagai contoh, Cik Roziah Barik, 45 tahun, menyertai pertandingan itu kerana ingin terus mencabar dirinya selepas berjaya mengurangkan berat badan daripada lebih 80 kilogram dua tahun lalu kepada sekitar 60 kilogram sekarang.



"Dulu saya gemuk dan tidak sihat... sehingga sakit kaki dan terpaksa ke hospital untuk mendapatkan suntikan, tetapi ia membuat kaki saya rasa kebas sehingga saya hampir jatuh.



"Saya sudah bosan asyik sakit saja, jadi saya mula bersenam dan jaga pemakanan. Lama-lama saya sertai acara larian lima, 10 dan 21 kilometer serta Spartan Race. Kemudian saya terfikir, apa lagi selepas ini?



"Jadi saya memutuskan menyertai pertandingan ini kerana ingin mencabar diri saya," ujar usahawan dalam talian yang juga ibu seorang anak itu.



Bagi Cik Noradibah Abdul Ghani, 31 tahun, beliau menyertai pertandingan itu kerana ingin bertemu dengan ramai kawan di sini.



Ini lebih-lebih lagi kerana ahli teknologi makmal itu baru berpindah semula ke Singapura tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki asal Kenya.



Sebelum ini, anak kelahiran Singapura itu tinggal bersama keluarganya di Oman sejak beliau berusia 12 tahun kerana orang tuanya bekerja di sana.



"Selepas saya pulang, saya ingin mengenali lebih ramai kawan di sini dan apabila saya mendapat tahu tentang pertandingan ini, saya fikir saya boleh memanfaatkan wadah ini untuk mencari kawan baru, lebih-lebih lagi untuk bersepadu dengan masyarakat Melayu di sini," kata Cik Noradibah.



Namun lebih daripada mencapai matlamat masing-masing, peserta pertandingan ratu cantik itu juga telah meraih sesuatu yang cukup dihargai mereka semua, iaitu persahabatan yang erat.



Kalau mereka semua tidak mengenali antara satu sama lain pada mulanya, mereka kini cukup rapat ibarat adik-beradik, kata seorang lagi peserta, Cik Erlyna Rahmat, 41 tahun.



Menurut eksekutif hartanah itu, beliau sudah menganggap peserta lain itu seperti keluarga sendiri



"Kami menghabiskan banyak masa bersama, lebih-lebih lagi kebelakangan ini. Saya amat rapat dengan sesetengah mereka dan saya yakin persahabatan ini akan terus berkekalan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >