Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ibu 4 anak terus berzumba, main badminton walau kerja sepenuh masa

Sep 27, 2019 | 05:30 AM



BUKAN tak nak bersenam, tak ada masa!



Alasan itu sering didengar daripada ramai yang bekerja dan sukar meluangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal.



Namun lain pula bagi Cik Norhaiyati Yusop, 56 tahun.



Meskipun bekerja sepenuh masa sebagai setiausaha kanan di sebuah hospital, beliau sempat memastikan gaya hidup sihat dapat dikekalkan dengan melakukan zumba dan bermain badminton.



Sejak 2017, Cik Norhaiyati telah mengikuti sesi zumba di perkarangan luar Masjid Ahmad Ibrahim bersama muslimah lain setiap Sabtu pagi.



"Saya datang untuk bacaan tahlil di masjid suatu hari tu dan diberitahu masjid akan adakan sesi zumba khas untuk Muslimah sahaja.



"Mereka uar-uarkan jadi lebih ramai turut serta," kata Cik Norhaiyati.



Menurut beliau, pada awalnya, sesi zumba tersebut diadakan dalam salah satu bilik darjah di masjid, namun, setelah lebih ramai yang turut serta, ia dipindahkan ke luar perkarangan masjid pula.



Malah kini, sesi zumba tersebut turut disertai penduduk pelbagai kaum dan agama yang tinggal berdekatan Masjid Ahmad Ibrahim di Jalan Ulu Seletar itu.



Dianjurkan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), sesi senaman yang dinamakan Zumba Gold itu merupakan sebahagian inisiatif Jaga 'Kesihatan, Jaga Ummah' (JKJU) yang bertujuan menggalak lebih ramai anggota masyarakat Melayu memilih gaya hidup sihat.



Ia dikendalikan jurulatih dari HPB dan tiada bayaran dikenakan bagi peserta.



Sejak dilancarkan pada Ogos 2017, masjid-masjid yang terlibat sama dalam inisiatif JKJU menganjurkan program dan aktiviti kehidupan sihat bagi jemaah mereka.



Antaranya, Program Aktiviti Fizikal Masyarakat, demonstrasi memasak dengan lebih sihat dan pemeriksaan berfungsi, iaitu pemeriksaan kesihatan yang membantu mengenal pasti kemerosotan tahap kesihatan penglihatan, pendengaran dan oral di kalangan warga emas, diadakan.



Sehingga kini, sebanyak 23 masjid turut serta dalam JKJU dengan seramai 20,000 peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti gaya hidup sihat.



Bagi Cik Norhaiyati yang merupakan ibu empat anak, mengambil bahagian dalam sesi senaman seperti zumba setiap minggu bukan hanya untuk berpeluh sahaja.



"Perlu untuk kita bersenam sebab nak kekal sihat, lagi-lagi orang Melayu kita ramai yang ada masalah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi, kalau kita buat senaman sekurang-kurangnya kita dapat berpeluh juga.



"Tapi lebih dari itu, bila kita berkumpul (dengan teman-teman lain), kita dapat kongsi banyak perkara, dapat kurangkan stres dan dapat juga rapatkan silaturahim," ujar beliau.



Bersenam secara berkumpulan juga banyak membantu, kata Cik Norhaiyati.



"Sudah tentu saya galakkan lebih ramai orang turut serta. Kalau kita buat di rumah secara sendiri, tak ada semangat!



"Minggu pertama, kedua, ketiga masih okey, nanti minggu keempat kita dah berhenti! Bila ada geng, lebih bersemangat," tambahnya sambil ketawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >