Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ibu muda hargai program bantuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ibu muda hargai program bantuan

Oct 01, 2017 | 05:30 AM



PADA usia muda 13 tahun, sedang rakan-rakan sebayanya sibuk bermain dan keluar jalan bersama, Ella (bukan nama sebenar) sibuk memikirkan tentang nasib anak dalam kandungannya.



Dan selepas melahirkan seorang anak lelaki yang sihat, Ella diarahkan mahkamah supaya menyerahkan anaknya itu kepada keluarga titipan yang menjaga anaknya itu.



Ella, kini 14 tahun, terpaksa menghabiskan masa di Pusat Wanita dan Gadis (PCWG) Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis).



Ini kerana selain melahirkan anaknya itu di luar nikah, kededua ibu bapa remaja itu pula sedang meringkuk di penjara akibat kesalahan menyalahgunakan dadah.



"Ibu mana yang tidak terfikir akan anak. Memang saya juga hendak lihat anak saya mempunyai masa depan lebih baik dengan keluarga titipannya.



"Mudah-mudahan saya dapat menjaga anak saya selepas saya mampu berdikari," kata pelajar menengah dua aliran Normal Teknikal itu.



Meskipun anak bongsu dua beradik itu tidak menunjukkan kelakonan cemerlang dalam bidang pendidikan, dia bernasib baik kerana berpeluang menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian.



Dia merupakan salah seorang penghuni rumah itu yang telah meraih manfaat hasil daripada Projek The Rising Star (TRSP) kendalian Pertapis.



Projek itu mencungkil bakat seni persembahan penghuni dalam beberapa bidang seni seperti nyanyian, tarian dan lakonan.



Sejak diperkenal tiga tahun lalu, projek itu telah menarik minat sekitar 200 penghuni PCWG dan Rumah Kanak-Kanak Pertapis (PCH).



Program itu, yang diadakan buat tahun ketiga, juga menyediakan modul kemahiran lain seperti perniagaan, reka fesyen dan kemahiran komunikasi.



Penghuni yang bakal menduduki Peperiksaan GCE Peringkat 'N' juga mendapat bimbingan tuisyen Matematik dan Sains di bawah program tersebut.



Semasa ditemui, Pengurus Divisyen Pusat-Pusat Kebajikan Pertapis, Dr Sophian Kayat, berkata projek itu bukan sekadar mencungkil bakat kesenian, kemahiran dan pendidikan dalam kalangan penghuni kededua rumah kebajikan itu.



"Dengan tidak secara langsung kami juga menggalak peserta ini agar mengalihkan bakat yang mereka miliki kepada bidang yang mereka lebih cenderung.



"Terutamanya mereka yang mengalami trauma psikologi akibat cabaran kehidupan yang dialami.



"Ini salah satu kaedah rawatan terapeutik bagi golongan tersebut mengatasi cabaran emosi yang dihadapi mereka.



"Kaedah ini akan dapat mengalih atau melenyapkan perasaan trauma yang sedang mereka alami," katanya yang juga ketua PCH.



Projek tersebut, yang diletakkan di bawah Sayap Budaya Belia Pertapis yang ditubuhkan sekitar tiga tahun lalu, juga menggalak pelajar menghargai bahasa Melayu menerusi pelbagai kegiatannya.



"Ibu mana yang tidak terfikir akan anak. Memang saya juga hendak lihat anak saya mempunyai masa depan yang lebih baik dengan keluarga titipannya. Mudah-mudahan saya dapat menjaga anak saya itu selepas saya mampu berdikari."
- Ella (bukan nama sebenar), penghuni Pusat Wanita dan Gadis Pertapis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >