Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ibu pengacara Roslan Shah meninggal dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ibu pengacara Roslan Shah meninggal dunia

Dec 21, 2019 | 01:12 PM



HATI anak mana yang tidak pilu apabila tidak dapat bersama ibu tercinta di saat-saat akhir hayatnya.


Inilah yang dirasakan pengacara setempat dan usahawan Roslan Shah yang gigih mencari rezeki di seberang Tambak tatkala ibunya, Cik Mariam Kari, 83 tahun, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tampines  Street 71 sekitar 7.40 malam semalam.


Sewaktu pemergian ibunya yang bertarung dengan penyakit barah perut tahap keempat, Roslan berada di Shah Alam bagi acara CikB Vaganza Food Fest 2019. Maka, beliau bergegas pulang semalam bagi mengendalikan jenazah ibunya.


Ketika dihubungi, Roslan yang berada dalam keadaan sebak berkata:

"Saya sempat bersihkan ibu yangterlantar di katilnya dan tidak mandi selama dua hari, Khamis lalu. Saya pun gosokkan giginya. Sebelum berangkat ke Shah Alam, saya lihat wajahnya yang putih bersih dan saya cium tangan, kaki dan dahinya. Tak sangka beliau pergi sehari selepas itu. Terkilan sehingga saya tulis di Instagram mengapa mak tak tunggu saya."


Menurutnya yang berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur atas urusan tugas mengacara dan berniaga sambal belimbing dan kerepek keju, ibunya pernah menjalani pembedahan batu-batu kecil dalam perut sebelum dikesan doktor menghidap barah perut peringkat lanjutan tahun ini.


"Saya akan selalu kenang jasanya kepada saya adik-beradik. Kerana itu, sesibuk mana pun, saya akan luangkan masa bersamanya dan memastikan amanah saya sebagai anak tidak diabaikan.


"Saya doakan beliau damai di sana. Terima kasih buat pengikut dan sahabat-handai yang mendoakan ibu saya," katanya.


Jenazah Cik Mariam  disolatkan di Masjid Darul Ghufran sekitar waktu Zuhur dan kemudian dikebumikan di Pusara Abadi.


Salam takziah buat Roslan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >