SIFAT ikhlas dan rendah hati pelakon Fizz Fairuz semasa pertemuan pertama mereka membuat Cik Norsita Amir, 40 tahun, pegawai pentadbir, sanggup menganjurkan sesi beramah mesra pertama Fizz bersama peminatnya di Singapura sekitar tiga tahun lalu.
Beliau rela membayar wang pendahuluan bagi tempahan restoran Lagun Sari, tiket penerbangan, hotel serta beg cendera hati Fizz bagi memastikan sesi pertemuan bersama peminat berjalan lancar.