Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Gaya Hidup

Ikut jejak mak saudara tabur bakti pada masyarakat

Lebih ramai belia Singapura kini terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, terutama melibatkan warga emas dan membantu mereka yang kurang berkemampuan. Tinjauan Belia Nasional 2013 terbitan Majlis Belia Kebangsaan yang didedahkan tahun lalu menunjukkan bahawa penglibatan belia dalam kumpulan sosial kian meningkat kepada sekitar 58 peratus pada 2010 berbanding 44 peratus pada 2002. Berikut kami paparkan antara belia yang bersemangat mencurahkan bakti kepada masyarakat baik di dalam mahupun di luar negara. Belia dapat rasa kesan positif selepas terlibat dalam projek membersihkan flat warga emas di North Bridge Road
Mar 06, 2015 | 05:30 AM

PADA hujung minggu, Encik Muhammad Ilyas Yahya, 22 tahun, biasanya menghabiskan masa bermain permainan komputer di rumah.

Namun, beliau kini sedar betapa masa itu lebih berharga jika digunakan bagi melakukan kerja-kerja kebajikan. Beliau berasa beruntung selepas mengikuti mak ciknya, Cik Rosmalah Hassan, 38 tahun, membersihkan sebuah rumah warga emas secara sukarela buat kali pertama pada Januari ini.

Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian