Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Imran Ajmain pilih Spotify lancar album secara digital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Imran Ajmain pilih Spotify lancar album secara digital

Apr 27, 2014 | 06:00 AM



MENDENGAR muzik baik di dalam bas, di dalam MRT mahupun berjalan di mana sahaja sudah menjadi sesuatu yang lumrah.


Suatu masa dahulu, alat pemain kaset yang dipanggil Walkman atau pemain cakera padat, Discman, menjadi pilihan anak muda. Tetapi kini, muzik sudah boleh didengar menerusi telefon bimbit sahaja.


Sedar dengan perkembangan terbaru itu, penyanyi Imran Ajmain memilih melancarkan albumnya secara digital dahulu sebelum album itu diedarkan dalam bentuk cakera padat Jun nanti.


Album Setulus Kasih kini boleh didengar secara eksklusif menerusi khidmat penyaluran muzik, Spotify. Beliau merupakan artis Melayu Singapura pertama melancarkan albumnya secara eksklusif di Spotify.


Para pengguna Spotify boleh mendengar muzik sama ada di komputer atau alat mudah alih mereka seperti telefon bimbit bijak atau komputer tablet secara percuma atau melanggan khidmat Premium Spotify.


Menurut Pengarah Asia, Spotify, Cik Sunita Kaur, khidmat itu mempunyai lebih 20 juta lagu dengan 20,000 lagu ditambah kepada katalog khidmat muzik itu setiap hari.


''Spotify mempunyai lebih 24 juta pengguna di seluruh dunia dengan enam juta pengguna merupakan pelanggan khidmat Premium Spotify,'' katanya.


Hanya pelanggan Premium Spotify boleh mendengar lagu tanpa mendengar iklan selain mendengar lagu secara offline atau tanpa perlu menggunakan khidmat Internet.


Menurut Cik Kaur, sekitaran muzik Melayu memang tidak membosankan dan Spotify memberikan wadah kepada ramai artis Melayu seperti Siti Nurhaliza, Yuna, Aliff Aziz, Awi Rafael dan Joe Flizzow untuk mempromosikan muzik mereka di pentas dunia.


Malah, kata Cik Kaur, penggemar muzik juga boleh mendengar lagu-lagu artis lama seperti lagu Allahyarham P. Ramlee dan Allahyarhamha Saloma di Spotify. Menurut Imran, di Singapura, memang ramai yang mempunyai telefon bimbit bijak dan khidmat Wifi. Malah, katanya, golongan lebih berusia juga sudah sepandai anak cucu mereka dalam soal menggunakan pelbagai aplikasi telefon bimbit bijak.


''Ini adalah masa terbaik untuk saya jadi perintis atau pelopor supaya kawan-kawan artis yang lain pun buat (perkara) yang serupa.


''Ia satu langkah yang sudah dihitung kira. Masa album pertama, saya jadi mangsa cetak rompak yang agak teruk setelah lagu saya, Seribu Tahun, mendapat banyak perhatian.


''Masa album kedua pula, saya keluarkan album saya di iTunes kerana masa itu hanya iTunes yang ada di Asia. Dengan adanya Spotify, iaitu satu khidmat langganan muzik penyaluran audio, kita tak perlu download lagu lagi. Ini adalah wadah logik bagi artis seperti saya untuk mempromosikan lagu,'' kata Imran lagi.


LINILIDIA ABDUL HAMID



''Spotify mempunyai lebih 24 juta pengguna di seluruh dunia dengan enam juta pengguna merupakan pelanggan khidmat Premium Spotify.''


- Pengarah Asia, Spotify, Cik Sunita Kaur




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >