AUTOMOBIL
Ioniq Hybrid jimat petrol, penuh ciri keselamatan
Gabungan enjin petrol dan motor elektrik dikuasa bateri antara ciri menarik
Jan 27, 2020 | 05:30 AM
HYUNDAI Ioniq Hybrid merupakan model generasi kedua kereta 'kacukan' enjin petrol dan motor elektrik, yang dilancarkan syarikat Korea itu.
Gabungan enjin dan motor elektrik sekali gus menawarkan penjimatan petrol dan Hyundai melaporkan Ioniq Hybrid hanya perlukan 3.8 liter petrol untuk bergerak sejauh 100km.