Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Isteri dan teman artis terus beri sokongan moral kepada Farid Kamil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Isteri dan teman artis terus beri sokongan moral kepada Farid Kamil

Jan 13, 2018 | 11:03 PM



 





PELAKON kacukan Datin Diana Danielle akhirnya bersuara berhubung kes melibatkan suaminya, pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil di Instagram miliknya sekitar 7 malam tadi.



Menerusi kenyataan singkat dalam bahasa Inggeris, Diana menjelaskan bahawa beliau memerlukan masa bagi memproses keadaan sulit yang kini melanda sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.



“Saya perlukan masa untuk proses keadaan sebelum mengeluarkan kenyataan.



“Terima kasih kepada anda semua atas sokongan terhadap saya dan suami. Suami saya juga tidak pernah sekali pun berkelakuan kasar terhadap saya. Saya berdiri di sisinya dan kami akan berusaha memperbaiki keadaan, mana-mana yang perlu dan memperkukuh apa yang sudah utuh terjalin antara kami.



“Buat masa ini juga, saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan kerana saya berpendapat bahawa ia tidak akan membantu keadaan,” tulisnya.



Pada Khamis lalu, Farid didakwa mengamuk dan menyerang seorang anggota polis selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling Jaya.



Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.



Farid kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan sehingga Isnin ini. Beliau ditahan dan disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta menyebabkan kecederaan.



Selain itu, Farid juga direman atas Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.



Farid dan Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, lima tahun, dan Nur Aurora, tiga tahun.



Sementara itu, beberapa pelakon yang pernah berganding bahu dengan Farid turut memberikan sokongan dan menyalur kasih sayang buatnya di laman Instagram masing-masing.



Sambil berpesan agar peminat tidak mudah menghukum Farid, Fazura yang berlakon dengan Farid dalam filem J Revolusi, menulis:



“Cakaplah yang baik-baik atau berdiam sahaja. Itulah pesanan Rasulullah SAW. Teruslah gagah menghadapi semua ini, saudaraku. Doa dan ingatan kami buat kamu dan keluarga. Moga Allah curahkan kasih sayang dan kekuatan buat adikku, Diana Danielle.”



Seorang lagi wira J Revolusi, Zul Ariffin pula menambah:



“Saya tidak kenal apa-apa kecuali perkara yang baik-baik tentangmu, Farid. Teguhkan semangat. Bagi setiap kesusahan, pasti ada kelegaan.”



Pelakon Azad Jazmin pula terkejut dengan berita penahanan Farid.



Beliau menulis dalam laman sosial Farid:



“Sekenal aku dengan Datuk Farid, beliau seorang yang merendah hati dan baik dengan orang.



Namun apa yang aku dengar tentang dia membuatkan aku terkejut. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Semoga kes ini dapat diselesaikan secara aman dan damai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >