Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Isteri pelakon M'sia Amaris: Kami masih suami isteri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Isteri pelakon M'sia Amaris: Kami masih suami isteri

Aug 09, 2018 | 05:30 AM



MEREKA masih lagi suami isteri - begitulah kenyataan isteri pelakon Putra Amaris, Nur Syazwani Alias.



Nur Syazwani, yang kini hamil enam bulan, berkata bahawa hubungan suaminya dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida yang digosipkan ketika ini hanya atas urusan kerja.



"Ya Amaris masih suami saya, tetap suami saya dan selamanya selagi Allah izinkan satu-satunya suami saya. Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu.



"Memang dalam kerja dia, dia akan jumpa dengan semua orang yang cantik dan berpengaruh. Kalau sikit-sikit nak cemburu, nak melenting, tak boleh kahwin dengan artis," katanya.



Nur Syazwani menjelaskan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya selepas ditanya beberapa pengikut mengenai rumah tangga mereka.



Catatannya itu ditukil laman mStar Online baru-baru ini.



Bulan lalu, Amaris, pelakon Bicara Cinta, dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Vida, malah kerap memuatnaikkan gambar bersama.



Terdapat juga tuduhan beliau mula 'menghimpit' Datuk Vida bagi merebut peluang keemasan selepas usahawan itu memecat pembantu peribadinya.



Amaris, yang nama sebenarnya ialah Amran Ismail, 33 tahun, menikahi Nur Syazwani Alias, 28 tahun, pada 5 Januari lalu di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.



Dalam pada itu, menjawab pertanyaan berkaitan fotonya tidak pernah dimuatnaikkan aktor berkenaan, Nur Syazwani berkata laman sosial suaminya itu hanya atas urusan kerja.



"Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja. Laman Instagram itu buat kerja Amaris. Saya lagi suka sederhana sahaja," katanya, yang dijangka melahirkan cahaya mata sulung awal Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >