Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Isteri Sharnaaz Ahmad tuntut cerai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Isteri Sharnaaz Ahmad tuntut cerai

Sep 05, 2019 | 08:34 AM



ISTERI pelakon popular Sharnaaz Ahmad, Cik Noor Nabila Mohd Noor, 35 tahun, mengesahkan bahawa beliau sudah membuat permohonan cerai terhadap suaminya.



Cik Nabila juga merupakan kakak kepada artis Malaysia, Neelofa.



Cik Nabila enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.



“Saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad. Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah.



“Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.



Cik Nabila berkata, paling penting buat masa ini adalah masa depan anak mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun.



“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya.



Kisah rumah tangga pasangan itu menarik perhatian pada 29 Ogos lalu apabila Cik Nabila berkongsi gambar yang dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Instagram Story beliau.



Gambar tersebut kononnya menunjukkan beliau membuat permohonan cerai terhadap Sharnaaz, 34 tahun.



Cik Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.



Beliau dan Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.



Dalam laporan lanjut oleh MyMetro, Sharnaaz telah mendesak isterinya supaya menjadi lebih matang dan tidak memberikan lagi kenyataan berhubung proses penceraian mereka.



Sharnaaz berkata, beliau bimbang masalah itu bertambah keruh sekaligus memberi kesan buruk terhadap anak mereka.



"Saya tidak mahu isu ini berpanjangan dan biarlah mahkamah menentukan. Apabila kes (proses penceraian) dibawa di mahkamah, biar semua orang tahu siapa yang memulakannya (mahu bercerai).



"Demi anak, tolong hentikan semua ini. Sejak awal saya beritahu jangan jadikan kes ini kecoh.



"Hari ini mungkin Jebat tidak tahu membaca, selepas lima atau enam tahun dia akan tahu dan bertanya di mana ibu dan bapanya," kata Sharnaaz ketika dihubungi Harian Metro, pada Selasa (3 September).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >