Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Difteria landa pelarian di Cox's Bazar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ISU KESIHATAN

Difteria landa pelarian di Cox's Bazar

Dec 09, 2017 | 05:30 AM



DIFTERIA kini pantas merebak dalam kalangan pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini.



Lebih 110 kes disyaki, termasuk enam kematian, telah dikesan rakan kesihatan termasuk Médecins Sans Frontières (MSF) dan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC).



"Kes-kes ini mungkin sedikit. Namun, penduduk amat terdedah kepada penyakit.



"Mereka mendapat perlindungan suntikan yang sedikit, keadaan tempat tinggal yang boleh menjadi pembiakan penyakit berjangkit seperti taun, campak, rubela dan difteria.



"Oleh sebab itu, kami melindungi lebih 700,000 orang dengan vaksin oral bagi taun, selain vaksin campak-rubela buat lebih 350,000 kanak-kanak dalam kempen baru-baru ini. Kini kami perlu tangani pula difteria," kata Dr Navaratnasamy Paranietharan, wakil WHO ke Bangladesh.



Difteria sejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan radang kepada membran mukus tekak dan hidung.



Penyakit itu mudah berjangkit antara manusia, tetapi boleh dicegah dengan penggunaan vaksin.



Jika tidak dirawat, difteria boleh menyebabkan kegagalan fungsi ginjal, sistem saraf dan jantung.



Sejak Ogos lalu, lebih 624,000 pelarian telah berkumpul di tempat tinggal sementara yang sesak dan kurang bekalan air bersih, sanitasi serta khidmat kesihatan.



Angka tersebut kian meningkat, kata WHO dalam lamannya.



WHO bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Bangladesh, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan rakan-rakan mereka untuk cuba mengawal merebaknya penyakit pernafasan yang berjangkit itu menerusi rawatan berkesan dan pencegahan mencukupi.



Mereka menyokong diagnosis dan rawatan pesakit dengan memastikan bekalan ubat mencukupi serta menyediakan kempen suntikan yang disasar kepada semua kanak-kanak berusia hingga enam tahun dengan vaksin yang melindungi daripada difteria dan penyakit lain.



Latihan sedang berlangsung bagi mereka yang memberi suntikan.



WHO mendapatkan bekalan awal sebanyak 1,000 botol antitoksin difteria yang dijangka tiba di Bangladesh hujung minggu lalu.



Disatukan dengan antibiotik, antitoksin itu boleh menyelamatkan nyawa mereka yang sudah pun dijangkiti difteria, dengan menghapuskan toksin yang dihasilkan bakteria berbahaya itu.



"Kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan bagi memastikan panduan klinikal disediakan bagi pekerja kesihatan dan terdapat katil serta ubat mencukupi bagi mereka yang sakit.



"Namun, satu-satunya cara mengawal penularan ini adalah melindungi orang ramai, terutamanya kanak-kanak, menerusi suntikan," kata Dr Paranietharan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >