Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09

Jadi relawan hospital selepas anak dirawat bagi kemurungan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Jadi relawan hospital selepas anak dirawat bagi kemurungan

Aug 15, 2017 | 05:30 AM

PENGALAMAN menjaga anak sulung yang mengalami tekanan perasaan enam tahun lalu membuat Cik Rahayu Rahman sedar bahawa pesakit mental perlu sering didampingi.

Oleh itu, selepas anaknya beransur pulih, beliau menawarkan diri menjadi sukarelawan di Institut Kesihatan Mental (IMH), tempat anaknya dirawat selama seminggu bagi kemurungan.

Walaupun kini tidak begitu aktif sebagai relawan di IMH, ibu dua anak itu terus menyumbang masa mendampingi pesakit di pusat penjagaan kesihatan lain.

Sekarang, Cik Rahayu, 50 tahun, menjadi sukarelawan bagi pesakit HIV di Pusat Penyakit Berjangkit (CDC) di Moulmein Road.

"Saya mula menjadi relawan pada 2013 setelah anak saya mengalami tekanan perasaan disebabkan masalah keluarga. Sejak itu, saya terdorong menjadi relawan kepada pesakit mental.

"Ia membuka mata saya dalam memahami apa yang mereka lalui sebagai pesakit mental," kata beliau, yang juga seorang relawan bersama Kelab Heal, sebuah kelab yang membantu pemulihan pesakit mental, khususnya pesakit Muslim.

Tahun lalu, Cik Rahayu mendapat tahu mengenai program mendampingi pesakit HIV di CDC, lalu mendaftarkan dirinya kerana mahu menghapuskan stigma terhadap pesakit sedemikian.

Sebelum menjadi relawan di CDC, penyelaras imigresen itu menjalani empat sesi latihan untuk belajar cara mendampingi pesakit tersebut dan melakukan urut terapeutik pada tangan pesakit.

Apabila beliau mengunjungi pesakit sekali seminggu, biasanya setiap Selasa, Cik Rahayu akan membeli makanan yang dipesan pesakit dan kemudian meluangkan masa sekitar dua jam dari 7 hingga 9 malam bersama mereka.

"Selepas menyerahkan makanan yang dipesan, saya akan duduk bersama pesakit itu dan berbual dengannya dan tanya khabarnya. Kebanyakan pesakit gembira menemui relawan dan akan berbual mesra.

"Yang sudah selesa dengan saya akan ceritakan macam-macam perkara. Ada daripada mereka mudah mengingati perkara lama. Ada juga yang sering mengulangi kata-kata mereka kerana mudah lupa," kata Cik Rahayu, sambil menambah bahawa sekitar 20 peratus pesakit HIV di CDC agak lemah dan terlantar di katil.

Beliau agak sibuk sejak awal tahun ini tetapi cuba menyumbang masa sekurang-kurangnya sekali sebulan.

"Mereka memerlukan kawan dan orang untuk berbual. Saya ke sini dengan minda terbuka tanpa sembarang anggapan terhadap mereka.

"Program relawan ini menjadikan saya seorang yang lebih bersyukur. Ia membuat saya sedar bahawa cabaran yang saya alami tidak seteruk yang dilalui orang lain," kata Cik Rahayu, yang juga relawan di Caregivers Alliance Limited, yang memberi sokongan kepada penjaga pesakit mental.

Ditanya bagaimana beliau mencari masa antara pekerjaan sepenuh masa, kewajipan sebagai isteri dan ibu dan kerja sukarela, Cik Rahayu berkata:

"Kami ada banyak pilihan, bergantung pada berapa banyak masa yang mampu kita luangkan sebagai sukarelawan.

"Kami boleh memilih menjadi sukarelawan sekali seminggu, satu bulan atau enam bulan. Yang penting, kami menyumbang khidmat."

Seterusnya, beliau berharap dapat menyumbang bakti bersama persatuan barah atau pesakit mental.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3