PELAKON dan pelawak veteran yang memenangi banyak anugerah, Jalil Hamid, kecewa dan kesal dengan sikap pihak produksi yang seolah-olah menghina bakat berlakon golongan sepertinya apabila menawarkan bayaran yang terlalu rendah.
Bercakap kepada Utusan Online, Jalil mendedahkan yang beliau ditawarkan berlakon bagi sebuah drama berepisod dengan bayaran hanya RM1,500 ($498) bagi lakonan 12 babak daripada keseluruhan 16 yang ada.