PERSONALITI HIBURAN
Jalinan seni dua rakan terakam dalam muzik
Dec 27, 2019 | 05:30 AM
TENAGA positif yang dimiliki pemuzik genderang kumpulan The Jazz Djogets dan Wicked Aura, Ridz Razali, bagaikan 'berjangkit' pada penonton di ruang legar Esplanade baru-baru ini.
Kali ini, Ridz yang nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Razali, 25 tahun, memetik gitar dan menyanyi pula bersama rakannya Aqid Rezza, 24 tahun, seorang mahasiswa kursus pemasaran di Universiti RMIT.