JIKA sebilangan belia lain mungkin terbiar kebosanan jika diajak bersembang tentang sejarah, Encik Izz Bachtiar Affandi pula begitu teruja jiwanya bahkan berbunga-bunga cinta terhadap kisah silam.
Lantaran itu, lulusan reka bentuk daripada Politeknik Nanyang itu tidak teragak-agak menggunakan tema sejarah dan nostalgia ketika mengilhamkan buku cerita interaktif Rooted In The River bagi projek tahun akhirnya.