Jasa ketua pramugara di angkasa dihargai
Terima Anugerah Khidmat Di Udara hasil bantu penumpang yang jatuh sakit dalam pesawat
May 21, 2016 | 05:30 AM
PENGALAMAN menjaga arwah ibunya yang diserang Alzheimer, sejenis penyakit yang menjejas ingatan, selama beberapa tahun masih segar di ingatan ketua pramugara, Encik Muhammad Ali Faizal Abdul Rahman.
Antara lain, beliau, yang dipanggil ringkas sebagai Encik Faizal, tahu bahawa apabila seseorang berasa resah, maka mengurut tangan dan kepalanya dapat membantu melegakannya.