Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Jasa Osman Zailani disanjung S'pura, M'sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PEMERGIAN PELAKON VETERAN

Jasa Osman Zailani disanjung S'pura, M'sia

Jul 06, 2017 | 05:30 AM



KEMBALINYA pelakon veteran Osman Zailani ke Singapura selepas dua dekad lama mewarnai industri hiburan di Malaysia pada awal 1980-an adalah bagi berkongsi seni yang mendarah daging dalam dirinya kepada bakat muda.



Jasa Osman, atau nama sebenarnya Mohammad Kechut, begitu dikenang ramai di Singapura dan Malaysia, lebih- lebih lagi apabila beliau kembali ke pangkuan Ilahi sekitar 9.30 malam kelmarin.



Allahyarham Osman, 85 tahun, yang dikenali dengan panggilan 'Tok Ayah' kerana kaya dengan ilmu lakonan dan kehidupan, meninggal dunia di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) akibat pneumonia.



Pemergian Allahyarham dan jasanya sempat dirakam ramai di Instagram, baik bakat baru mahupun bintang veteran, yang pernah bekerjasama dengannya.



Antara mereka ialah aktres dan pengarah di Malaysia, Melissa Saila, yang pernah menjadi anak kesayangan Allahyarham dalam drama bersiri PJ Holdings pada 1980-an.



Beliau menganggap Allahyarham sebagai seorang bapa yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.



Allahyarham, yang muncul dalam filem Kami (1982) di samping Allahyarham Sudirman Haji Arshad, juga menembusi pasaran antarabangsa menerusi siri televisyen Hawaii Five-O pada 1970-an dan filem Saint Jack (1979).



Kali terakhir beliau menjayakan filem setempat ialah pada 2014 menerusi filem Banting.



Semasa ditemui di flat cucunya di Yishun Street 31, anak keduanya, Cik Jamilah Mohamad, 64 tahun, berkata bapanya dimasukkan ke sebuah hospital di Serdang, Selangor, pada 7 Jun lalu sebelum dipindahkan ke KTPH pada 16 Jun.



Allahyarham ke Kuala Lumpur sejak lewat April lalu bagi mengunjungi seorang anaknya.



"Semasa di hospital, Allahyarham masih menguatkan semangatnya. Setiap kali dilawati kenalan, Allahyarham akan tunjukkan ibu jarinya sambil menyatakan yang beliau okey," kata Cik Jamilah, ibu empat anak.



Jenazah Allahyarham, yang dibawa pulang ke rumah cucunya di Yishun Street 31, selamat disemadikan di tanah perkuburan Pusara Aman selepas solat zuhur semalam.



Laporan lain: Belasungkawa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >