PERSONALITI HIBURAN
'Jika Jodoh' jalin paduan suara bakat SG-Indonesia
Eriy, Gellen temui keserasian suara dalam lagu tentang ketentuan jodoh di tangan Tuhan
Jan 10, 2020 | 05:30 AM
IBARAT pepatah 'Ikan di laut, asam di darat...dalam kuali bertemu juga', begitulah 'jodoh' antara bakat Singapura, Eriy Ryzale dengan penyanyi Indonesia, Gellen Martadinata.
Pada Isnin lalu, mereka memulakan projek paduan suara dalam lagu ciptaan Gellen, Jika Jodoh.