Jolie tuduh Pitt gagal bayar nafkah anak

LOS ANGELES: Angelina Jolie menuduh Brad Pitt gagal memberi nafkah kepada anak mereka di tengah penceraian panjang bekas pasangan terkenal Hollywood itu.

Peguam kepada aktres berusia 43 tahun itu mendakwa semalam, aktor berusia 54 tahun itu tidak membayar nafkah ‘relevan’ anak mereka selama 18 bulan, menurut dokumen mahkamah dilihat laman web DailyMail.com.

“Sehingga sekarang, Pitt belum membayar wang nafkah anak sejak mereka berpisah,” kata peguam Jolie, Samantha Bley DeJean.

Aktres bertukar pengarah itu mendakwa, suami ketiganya itu gagal memenuhi kewajipan kewangan dan menuntut mahkamah memaksanya menjelaskan bayaran.

“Oleh kerana perkiraan tidak rasmi berhubung pembayaran perbelanjaan anak-anak gagal dipenuhi Pitt selama setahun setengah, Jolie bercadang memfailkan satu arahan sekatan (RFO) bagi mengaktifkan arahan nafkah anak,” kata dokumen itu.

Beliau meminta hakim menguruskan satu pertemuan bagi membincangkan isu berkenaan.

Sokongan ‘relevan’ tidak dijelaskan dalam tuntutan itu dan pasukan Pitt belum menjawab secara rasmi.

Sumber Pitt yang biasa dengan situasi itu memberi bayangan kepada Dailymail.com, aktor berkenaan kemungkinan menentang dakwaan, mengulas: “Brad sentiasa memenuhi komitmennya.”

Dokumen itu juga menuntut perceraian mereka dimuktamadkan tahun ini, dengan Jolie dilihat tergesa-gesa mahu menamatkan hubungan mereka.

Kekayaan bersih Jolie dianggarkan AS$160 juta (S$ 218.3 juta), menurut Celebrity Net Worth dan pada 2014, beliau berada pada kedudukan ke-74 selebriti dengan pendapatan tertinggi menurut Forbes manakala Pitt diisytiharkan memiliki kekayaan bersih AS$240 juta (S$327.4 juta).

Perpisahan mengejutkan mereka diumumkan dua tahun lalu apabila Jolie memfailkan perceraian pada September 2016. 

Keputusan diambil di tengah dakwaan Pitt berkasar dengan seorang daripada anak mereka dalam pesawat peribadi namun dibebaskan daripada salah laku. -DailyMail
 

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.