JORAH AHMAD -kongsi perjalanan hidup & seni
Seniwati legenda sentuh antaranya mengenai 'nama' sebenarnya, pengalaman kerjaya sebagai juruhebah dan pelakon serta pilihan hidup untuk terus membujang
Jun 16, 2019 | 05:30 AM
TIUPAN angin begitu terasa sebaik melangkah ke flat lima bilik jenis 'point block' milik seniwati Jorah Ahmad di Payar Lebar.
Apatah lagi ia terletak di tingkat yang tinggi... saujana mata memandang ke arah Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) yang terbentang jauh - pemandangan yang dapat dinikmati dari tingkap yang tidak berlangsir.