Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MENJELANG SYAWAL

Jubah dan kurta jadi pilihan popular ramai lelaki muda

Jun 14, 2018 | 05:30 AM



SELESA dipakai dan harganya pula berpatutan.



Itulah umumnya keinginan beberapa orang yang ditinjau di Bazar Geylang Serai semasa penulis meninjau fesyen baju Hari Raya di bazar popular itu.



Pastinya, baju kurung cekak musang bersama samping dan songkok antara rekaan baju klasik bagi kaum Adam, dan saban tahun pakaian klasik ini menjadi pilihan.



Namun, terdapat desain dan gaya baju yang berbeza di pasaran, dan untuk tahun ini, jubah serta kurta juga merupakan pilihan popular.



Gaya seperti ini lebih popular dalam kalangan belia yang sering mendapat maklumat tentang apakah fesyen terkini melalui Internet dan media sosial seperti Instagram dan Facebook.



Lihat sahaja di bazar Ramadan di Geylang Serai, Ekspo Singapura ataupun Pusat Konvensyen Suntec. Gerai yang menjual kurta dan jubah sentiasa dipenuhi pelanggan.



Bagi yang masih lagi mencari-cari baju mengikuti trend masakini, ada lagi jubah dan kurta yang masih lagi tersedia untuk dibeli di gerai-gerai merata Geylang Serai.



'Kurta Boys' antara gerai yang dibuka di bazar Geylang Serai sempena Ramadan.



Mereka menjual jubah dan kurta dalam pelbagai warna seperti merah, biru, hijau, putih dan hitam.



Saya dapat mencuba salah satu jubah yang berwarna hijau gelap dan berasa kagum dengan potongan serta jenis kainnya yang sesuai bagi kaum Adam.



Kain yang digunakan tidak begitu lembut, memberi jubah dan kurta bentuk yang segak dan maskulin.



Lebih menarik, kainnya tidak panas dan selesa dipakai.



"Tahun ini, kami mendapat lebih banyak pelanggan daripada golongan belia. Ini mungkin kerana jubah dan kurta digelar sebagai trend masa kini," kata Muhammad Asyraf Alli Abdul Rahim Khadaied, 21 tahun, promoter jualan Kurta Boys.



"Dahulu kami mempunyai tiga jenis pakaian lelaki. Jubah bangsawan, kurta pahlawan dan putra batik set yang merangkumi baju kurta dengan seluar batik.



"Set tersebut sangat popular dan sudah habis dijual. Kini kami hanya menjual jubah dan kurta sahaja," ujarnya.



Pada awal Ramadan, Kurta Boys mengendalikan dua gerai di bazar geylang.



Dengan penjualan yang amat laris, mereka terpaksa menutup salah satu gerai mereka dan kini hanya memberi tumpuan kepada satu gerai sahaja.



Jika anda inginkan jubah dan kurta dari gerai Kurta Boys, pastikan anda mendapatkannya dengan segera. Kurta boys menjual kurtanya pada harga $49 dan jubah pada harga $65 sahaja, boleh didapati di bazar geylang serai bersebelahan bangunan Wisma Geylang Serai.



Bagi mereka yang inginkan jubah atau kurta yang lebih beraneka ragam bukan hanya dari segi warna tetapi corak, anda boleh menuju ke gerai Rejal yang terletak di tingkat tiga Tanjong Katong Complex.



Selain pilihan warna dan corak yang agak luas, ia juga mempunyai potongan yang berbeza. Ada jubah yang berlengan pendek dan juga kurta panjang.



Walaupun pilihan warna agak luas, ia bukanlah jenis yang terang. Malah, koleksi warna-warna yang digunakan dalam golongan warna pudar dan memberi gaya minimalis, sempurna bagi mereka yang menjalani gaya hidup sederhana.



"Gerai kami menjual jubah dan kurta daripada pelbagai warna, corak serta kain. Dari kain linen ke kain kapas, kami cuba memenuhi keperluan pelanggan kami.



"Tetapi ramai yang beli kain linen kerana ia amat selesa dan berkualiti tinggi," kata Cik Sharmila Abdul Majeed, 45 tahun, promoter jualan Rejal.



Memang benar apa yang dikatakannya. Saya dapat memakai salah satu kurta dan jubahnya. Ia selesa, tidak panas dan saya dapat merasakan kualiti kain linenya.



Pelanggan dapat memilih beraneka corak dan ia agak mustahil jika anda tidak dapat mencari jubah atau kurta yang sesuai bagi anda.



"Jubah linen berlengan panjang beharga $129 dan yang berlengan pendek pula berharga $110. Bagi kurta linen kami, harganya dari $59 ke $89 bergantung kepada ukuran dan panjangnya.



"Ada juga jubah yang lebih murah berkain kapas yang dipaparkan di luar kedai kami berharga dua untuk $50. Sempena Raya ini, kami pasti dapat memberi pelanggan potongan harga bergantung kepada keadaan," ujar Cik Sharmila lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >