Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Jumlah pengikut IG Siti Nurhaliza cecah 7 juta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jumlah pengikut IG Siti Nurhaliza cecah 7 juta

Jan 29, 2020 | 03:52 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menjadi selebriti Malaysia yang memiliki paling tinggi jumlah pengikut di laman sosial, Instagram (IG) iaitu 7 juta.



Meluahkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan, Siti, 41 tahun, menyifatkan penambahan jumlah menunjukkan pengikutnya menggemari setiap perkongsian yang dimuat naik dalam laman sosial.



“Alhamdulillah, Siti gembira mendapat tahu berita ini. Ia bermakna peminat sayangkan Siti dan sentiasa mahu mengambil tahu perkembangan diri.



“Akaun IG digunakan bagi tatapan peminat, selain merapatkan hubungan. Siti berkongsi perkembangan kerjaya, kehidupan peribadi bersama keluarga dan apa sahaja aktiviti yang dilakukan," katanya. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >