WANITA yang mengalami kegemukan berisiko seganda menghidap barah kolorektal sebelum mencapai usia 50 tahun berbanding wanita dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) normal, menurut satu kajian pimpinan Sekolah Perubatan Universiti Washington di St Louis.
Kajian itu melibatkan data daripada 85,256 wanita berusia 25 hingga 44 tahun dalam Kajian Kesihatan Jururawat II yang bermula pada 1989.