90 minit bersama... Junainah M. Amin
Kak Jun bersyukur masih diingati peminat
Aug 18, 2019 | 05:30 AM
WALAUPUN telah lebih lima dekad mengharungi suka duka perjalanan sebagai anak seni, Junainah M. Amin masih tetap bersemangat untuk mewarnai persada hiburan di rantau ini.
Malah, wajahnya yang comel masih lagi kelihatan awet muda dan jelita, tidak sedikitpun menampakkan keletihan apalagi kelesuan untuk bersara dari bidang seni suara.