Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

'Kalau Sufi nyanyi di pentas, saya akan sibuk diri dengan niaga'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Kalau Sufi nyanyi di pentas, saya akan sibuk diri dengan niaga'

Sep 24, 2019 | 05:30 AM



BUKAN kepopularan penyanyi Sufi Rashid yang menjadi tumpuan apabila usahawan Nurulain Md Yusof terbuka hati mengenali hati budinya.



Bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu lebih melihat ketulusan, kesungguhan dan budaya kerjanya yang rajin.



Nurulain, 28 tahun, berkongsi butiran perkenalannya dengan Sufi, juga 28 tahun, di sesi wawancara bersama Berita Harian yang berlangsung di Mercu Mustapha Kamal, Neo Damansara di Damansara, kelmarin.



Sesi tersebut diadakan sebelum majlis resepsi pasangan bahagia ini berlangsung di Glam Hall khususnya buat saudara-mara dan sahabat handai Nurulain yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.



Turut hadir adalah rakan artis Sufi di Malaysia, Syamel, dan kumpulan dengan anggota cacat penglihatan, Caliph Buskers, yang membuat persembahan.



Pasangan ini mula berkenalan menerusi pesanan Instagram selepas Sufi dicabar temannya daripada Kelab Pemilik Kereta BMW agar mendekati Nurulain selepas mereka kebetulan menghadiri majlis kahwin yang sama.



Kata Nurulain yang kini mengendalikan bisnes biskut dan kudapan Krispy Krunchee:



"Pada awal perkenalan kami, memang saya tidak tahu beliau seorang artis. Saya takut juga kalau dipelawa menemaninya ke lokasi membuat persembahan.



"Tak tahu apa nak buat di lokasi persembahan. Walaupun sekarang saya lebih faham tentang dunia hiburan, saya tetap tidak suka ikuti beliau ke acara persembahan.



"Biarlah kalau Sufi bekerja dan menyanyi di pentas, saya akan sibukkan diri saya dengan urusan niaga saya sendiri."



Menurutnya lagi, apa yang membuat hatinya yakin Sufi adalah cinta hati yang dicari-cari adalah sikap tanggungjawabnya, keyakinan dirinya tentang apa yang ingin diusahakan dan kerajinannya.



"Kadangkala kami tengah keluar dating pun, Sufi akan rasa resah kalau dia tidak ada tugas untuk dilaksanakan. Dia mesti nak sibukkan diri dengan kerja-kerja bermanfaat.



"Tapi dia taklah seromantik mana. Biasanya, dia jalan di depan... saya di belakang,'' kata Nurulain sambil ketawa.



Sufi yang berkot dan berseluar merah menyala, sedondon dengan gaun merah Nurulain pula berkata:



"Bagi saya, Ain (panggilan buat isterinya) adalah wanita yang berbeza daripada gadis lain. Tumpuannya lebih pada kehidupan keluarga, ibu dan ayahnya.



"Apabila saya berusia 25 tahun ketika kami saling mengenali, saya sudah penat nak keluar dating lagi. Harapan saya, wanita yang ditemui akan menjadi isteri saya.



"Selepas kekecewaan bercinta dahulu, saya lebih peka dan tanyakan adakah Ain serius dalam menjalin hubungan dengan saya. Saya malah sengaja tanya tentang wang simpanan yang dimilikinya bagi masa depan. Dia menjawab dengan baik.



"Alhamdulillah, kerana beliau tak tahu-menahu tentang kerjaya saya sebagai penyanyi malah tak tahu lagu Kisah Dua Muka adalah nyanyian saya, Ain menerima saya seadanya.



"Beliau mudah mesra dengan sesiapa sahaja termasuk dengan gadis yang pernah keluar dating dengan saya dulu. Saya juga senang melihat Ain mudah membuat orang lain selesa dengannya tanpa menilai mereka. Kalau tak, takkan saya beri beliau cincin Hello Kitty sebagai tanda saya setia dengannya," tambah Sufi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >