Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kalysa rindukan kritikan membina

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS TEMPATAN

Kalysa rindukan kritikan membina

Oct 01, 2019 | 05:30 AM



HAMPIR sedekad lalu, pada usia 20 tahun, penyanyi tempatan Kalysa Aziz-Yeo bergelar anak didik Datuk M. Nasir di label rakaman Luncai Emas demi mengumpul cebisan ilmu ciptaan lagu.



Beliau terbiasa dengan kejujuran Nasir sebagai 'Sifu' yang tidak akan berselindung daripada menyatakan sesuatu karya itu tidak sedap didengar atau banyak kekurangannya.



Rasa gementar memang tidak dapat dielakkan Kalysa yang masih muda belia ketika itu. Namun, demi memburu ilmu daripada karyawan seni yang disegani, beliau gagahkan sahaja semangatnya demi membina kerjaya seni yang kukuh pada masa akan datang.



Wanita tinggi yang memiliki suara serak-serak basah dan stail rambut berpintal ala bintang reggae itu kemudian kembali ke Kota Singa bagi mewarnai dunia nyanyian kelab malam pula.



Namun di sebalik pasang surut kerjaya seni dan jerih payah kehidupannya sebagai ibu tunggal kepada anak lelaki berusia tiga tahun, Dhiya Kaffyl, kerinduannya terasa pada kritikan membina daripada pakar dalam bidang muzik dan seni suara.



Itulah yang membuatkan Kalysa, 28 tahun, menerima lamaran pihak Mediacorp Suria bagi menjayakan peraduan realiti SG Mania 3.



Walaupun tewas di tangan bekas vokalis Audionauts, Ryzall Noh, Kalysa layak ke pusingan 'Wildcard' malam ini.



Beliau bersaing dengan pelakon, penyanyi dan usahawan Norfasarie yang sudah lama menggantung mikrofon.



Dua lagi peserta 'Wildcard' yang bukan calang-calang adalah Adeep Nahar dan Izat Ibrahim.



Ketika ditemui di Studio Mediacorp baru-baru ini, Kalysa berkata:



"Saya teruja sebab sebelum ini tidak pernah memasuki sebarang pertandingan. Awalnya saya bergiat dengan band saya sendiri sebelum berhijrah ke Malaysia selama dua tahun untuk bekerja bersama M. Nasir.



"Saya banyak belajar daripada 'Sifu' (panggilan buat Nasir) tentang penulisan lagu. Beliau jenis yang terus terang. Kalau tak sedap, cakap sahaja...tak perlu berlapis. Kita baru petik gitar, dia akan terus beritahu, 'Tak sedap sahaja aku dengar...'



"Sungguhpun begitu, beliau tidak lokek ilmu. Beliau akan tanya kepada saya dan rakan-rakan lain yang sama-sama menimba ilmu, 'Ok ke kau rasa? Kau rasa radio nak main ke?'



"Kadangkala perihal muzik sukar dijelaskan dengan kata-kata. Sebagai karyawan muzik yang sudah biasa mendengar, kita tahu ada benda yang tak kena. Melodi tak cukup rasa. Lirik ada yang macam tak sedap apabila dinyanyikan.



"Saya rindukan komen membina atau terus terang daripada mereka yang lebih banyak makan garam dalam dunia seni. Semua penyanyi perlukan pengkritik.



"Lantaran itu, apabila masuk SG Mania 3 dan dengar komen pengadil setelah sekian lama jadi anak seni, saya betul-betul hargai pengalaman yang diberi. Apabila orang biasa dengar kita nyanyi, mereka kata sedap...kita ok sahaja. Tapi ia tidak bermakna kita sudah cukup bagus dan tidak perlu perbaiki apa-apa lagi."



Tempohari, Kalysa yang kini menyanyi malam dengan diiringi band reggae Bushmen bertarung dengan masalah kord vokal yang bengkak. Beliau sudah pun menjalani pemeriksaan doktor dan berharap akan beransur sembuh.



"Saya cuba sedaya upaya bagaimana berikan persembahan interaktif dengan masalah kord vokal ini dikhuatiri menjejas nada suara. Sebab itu saya pilih untuk memberi sentuhan reggae pada lagu Othman Hamzah, Apa Salah Beta.



"Harapan saya orang akan menari dan bertepuk tangan bersama," tambahnya.



Kalysa menganggap anak tunggalnya Dhiya sebagai penyebab mengapa beliau ingin bekerja keras dalam seni yang dicintai.



"Dhiya penawar duka saya. Apa sahaja yang saya buat untuknya. Dia memang suka kalau lihat saya menyanyi. Dhiya akan naik pentas sekali.



"Masa berjalan dengan begitu pantas. Pejam celik sudah 10 tahun dalam bidang seni. Kekuatan yang saya raih adalah melihat bintang unik seperti Yuna berjaya di mata dunia.



"Beliau anak Melayu yang terkenal di peringkat antarabangsa. Lagu-lagunya juga santai tanpa memerlukannya berteriak dengan suara bertenaga. Kita perlukan lebih ramai penyanyi unik sepertinya," tambah Kalysa yang meramalkan Rahila Rashun sebagai pemenang SG Mania 3.



SG Mania juga disiarkan di Toggle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >