Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

'Kantin bijak' ciptaan pelajar poly lancarkan jual beli makanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Kantin bijak' ciptaan pelajar poly lancarkan jual beli makanan

Feb 28, 2017 | 05:30 AM



Mereka tidak terbiar di persimpangan dilema memilih haluan ijazah perniagaan atau teknologi maklumat apabila ke universiti kelak. Beberapa pelajar Politeknik Temasek yang mengikuti Diploma Teknologi Maklumat Perniagaan berpeluang meneroka kededua bidang bisnes dan teknologi, di samping mengenali kecenderungan masing-masing menerusi projek tahun akhir mereka. Keprihatinan terhadap pemakanan sihat, pengurusan perniagaan makanan di kantin dan keselamatan warga tua merupakan antara projek yang diusahakan. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.



JAUH daripada pemikiran stereotaip bahawa kaum Hawa tidak mampu mahir dalam bidang teknologi maklumat atau ciptaan aplikasi, Cik Nur Diyanah Razali pula selesa dengan urusan membangun laman Internet mahupun meneroka idea teknologi inovatif.



Terdedah kepada kemahiran menghasilkan laman Internet keterangan peribadi dan pengenalan dirinya sejak di bangku sekolah rendah, pelajar jurusan Diploma Teknologi Maklumat Perniagaan di Politeknik Temasek itu tidak kekok membenamkan dirinya dalam projek aplikasi dan laman 'Kantin Bijak'.



Projek tahun akhir itu dikendalikan bersama teman-temannya, Cik Amulya Gamane, 19 tahun; Cik Foo Yan Xi, 19 tahun; Encik Joel Ten, 20 tahun; dan Cik Lee Hui Shi, 19 tahun.



Ia adalah sistem menyeluruh yang melancarkan dan memudahkan pembelian makanan di kantin. Menerusi aplikasi telefon pelajar atau kakitangan sesebuah institusi, tempahan makanan dan bayaran boleh dibuat secara elektronik. Ini juga memastikan mereka tidak perlu beratur lama bagi melanggani sesebuah gerai kantin.



Dalam pada itu, sistem itu juga meliputi laman khusus buat pegerai dan pengurus kantin. Seandainya ada pelanggan tidak memiliki aplikasi ingin membeli makanan, proses kiraan bayaran dan pilihan menu juga boleh dibuat segera.



Pada akhirnya, laporan keuntungan bulanan dan pengurusan tempahan lengkap dengan carta dan rajahnya, juga boleh diperolehi menerusi laman ini.



Ketika ditemui Gah! di Politeknik Temasek baru-baru ini, Cik Nur Diyanah, 19 tahun, berkata:



"Projek 'kantin bijak' ini membantu kededua pihak, baik pembeli mahupun pegerai. Saya seronok menyelongkar kemahiran pengekodan dan juga ciptaan laman pegerai. Dunia teknologi canggih cepat berubah.



"Kalau dahulu saya terdedah kepada laman Internet asas, kini saya mampu menghasilkan sistem dan aplikasi yang boleh dimanfaatkan orang lain dan melancarkan daya penghasilan."



Cik Foo pula menambah ramai menyangka wanita tidak mampu berjaya dalam cabang pengajian teknologi yang menitikberatkan unsur teknikal.



"Sebenarnya, semua orang, baik lelaki mahupun wanita, boleh mahirkan diri dalam teknologi, asal sahaja mereka tahu apa yang diperlukan untuk menghasilkan aplikasi atau laman yang mesra pengguna dan serba lengkap. Minat mestilah ada.



"Ada juga pelajar lelaki yang tidak begitu suka bidang teknologi maklumat dalam kursus kami ini, sebaliknya lebih cenderung dengan dunia perniagaan," katanya.



Cik Nur Diyanah, dalam pada itu, menyifatkan kursus teknologi maklumat perniagaan itu berguna bagi memberi pelajar pilihan lebih luas di samping peluang menggabungkan kemahiran dalam bi- dang perniagaan dan teknologi maklumat.



Encik Ten pula berkata:



"Kepuasan kami ialah apabila dapat meneroka trend masa kini apabila dalam penjualan makanan pun, ramai lebih mudah membayar secara elektronik berbanding menggunakan wang tunai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >