BELASUNGKAWA
Kassim Selamat dalam kenangan
May 29, 2019 | 05:30 AM
BAIT lirik lagu pop yeh yeh La-A-Obe dendangan Kassim Selamat dalam bahasa Bawean kekal terpahat dalam ingatan ramai pencinta muzik era 1960-an.
Apa tidaknya, itulah antara lagu Bawean popular di Nusantara hingga mampu memikat pendengar antarabangsa seperti penyampai radio Carl Hamm dari Virginia, Amerika Syarikat.