PENYANYI Kayda Aziz sama sekali tidak mahu menggunakan pengaruh ibu bapanya dalam bidang muzik bagi meraih kepopularan.
Sebaliknya, anak penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid dan penerbit berkaliber, Roslan Aziz itu mahu berusaha sendiri demi memberi inspirasi kepada orang ramai.