Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PERADUAN MENULIS CERPEN BH-NAC

Kehadiran bakat baru segarkan peraduan

Aug 02, 2016 | 05:30 AM



CERPEN yang diterima dalam peraduan Mencari Kristal anjuran Berita Harian-Majlis Seni Kebangsaan (BH-NAC) menunjukkan bahawa banyak bakat menulis baru yang boleh dicungkil.



Demikian menurut pengadil pusingan pertama peraduan itu yang telah mula membaca cerpen-cerpen yang dihantar.



Menurut mereka, daripada 120 cerpen yang diterima, sekitar 80 peserta ialah penulis baru.



Mengulas, pengadil, Encik Hamed Ismail, berkata:



"Kami ada terima cerpen daripada nama-nama yang tidak pernah didengari dalam dunia sastera. Mereka inilah yang dapat melahirkan kesegaran dan ini yang saya suka."



Menurutnya, melalui cerpen yang dibacanya beliau berharap mencari penemuan baru.



"Walaupun saya menilai, saya juga masih dalam proses belajar. Sebagai pengadil saya belajar daripada pengalaman penulis itu sendiri melalui karyanya," ujarnya.



Encik Juffri Supa'at, seorang lagi pengadil, berkata beliau berbesar hati melihat cerpen yang ditulis datang daripada individu pelbagai latar belakang.



"Menarik melihat hasil karya daripada individu pelbagai latar belakang dan umur, serta melihat tulisan dalam bahasa harian. Setiap orang ada cerita sendiri dan memandangkan kita nak mencari kristal, kita masih tidak tahu daripada golongan mana 'kristal' itu," katanya.



Sekitar 120 cerpen telah diterima daripada penulis semuda 12 tahun hingga 70 tahun.



Pengadil, Cik Dewani Abbas, pula tidak menjangka penyertaan begitu menggalakkan.



"Apabila membaca cerpen-cerpen itu, saya mendapat unsur debarannya.



"Tetapi cabarannya sekarang ialah kami masih dalam proses mencari cerpen menarik secara keseluruhannya," ujarnya.



Sekitar 35 peserta yang terpilih kelak berpeluang mengikuti bengkel penulisan oleh enam penulis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.



Mereka ialah Encik Hassan Hasaa'Ree Ali, Encik Mohd Raman Daud, Cik Henovia Rosalinda, Cik Alberthiene Endah, Encik Amir Muhammad dan Encik Faisal Tehrani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >