Kejar masa tamat belajar 2 tahun di varsiti
Apr 09, 2019 | 05:30 AM
DALAM tempoh dua tahun, Encik Muhammad Khalis Shari mengejar masa menamatkan pengajian ijazah sarjana muda sains dalam bidang ekonomi di SIM-Universiti London (UOL).
Sebagai lulusan Diploma Perbankan dan Khidmat Kewangan Politeknik Nanyang (NYP), beliau berpeluang memilih laluan pantas berbanding siswa lain yang tiada latar belakang pengajian serupa.