PERINGKAT AKHIR SG MANIA
Kelainan, identiti dan jati diri Nana bawa jaya
Naib juara jatuh pada Sunny Jackson yang disebut anggota juri sebagai penghibur paling menyerlah
May 26, 2016 | 05:30 AM
DENGAN paluan darbuka, Nana Karia memberikan sentuhan suaranya yang bertenaga dan lenggok ala Arab penuh gemalai ketika menyanyikan lagu klasik Neng Yatimah, Asmara Terkenang.
Pesaing terdekatnya, Sunny Jackson, pula mengejutkan ramai dengan dansa segar diiringi penari latar tatkala mempersembah lagu Sejuta Wajah (dendangan asal kumpulan Sweet Charity) bernafas baru.