Kisah menarik Tahun Baru Cina
Keluarga suami prihatin makanan halal
Tahun Baru Cina bakal menjelang dalam beberapa hari lagi. Sempena Tahun Kambing ini, Berita Minggu memaparkan beberapa kisah menarik sebilangan anggota masyarakat Cina setempat.
Feb 15, 2015 | 05:30 AM
JURULATIH senaman berkumpulan, Cik Naila Misran, berasa khuatir apabila beliau diundang menghadiri makan malam bersama atau 'reunion dinner' dengan ahli keluarga suaminya, Encik Tawfiq Chong, buat pertama kali.
Beliau bimbang seandainya beliau perlu menolak makanan yang tidak halal yang dihidangkan keluarga suaminya.