Kembara muzik Singapura dibawa ke Biennale, Venezia
Mar 13, 2019 | 05:30 AM
SENIMAN Song-Ming Ang akan mewakili Singapura dalam Pameran Seni Antarabangsa ke-58 La Biennale di Venezia.
Persembahannya, Muzik Untuk Semua: Variasi Pada Tema, meneroka pelbagai cara seseorang mengaitkan diri dengan muzik, secara peribadi dan bersama masyarakat, dan bagaimana muzik boleh mencetuskan rasa.