BERDASARKAN tinjauan mengenai risiko 'kehilangan pendengaran akibat bunyi bising' atau noise-induced hearing loss (NIHL) yang dijalankan oleh mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU), satu kempen yang menggalakkan tabiat pendengaran selamat kini dianjurkan.
Kempen dinamakan Down The Sound itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang masalah tersebut yang dialami secara beriadah dalam kalangan belia.