Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kerdipan permata di Ekspo Barang Kemas Antarabangsa Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kerdipan permata di Ekspo Barang Kemas Antarabangsa Singapura

RABI'ATUL 'ADAWIYYAH SALEH

Jul 28, 2018 | 02:10 PM



Sudah tentu perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila menyebut tentang barang kemas ialah permata emas, perak dan berlian.



Namun, tahukah anda barang kemas juga merangkumi permata seperti zamrud, delima dan juga nilam? Bukan itu sahaja, permata 'padparacha' juga adalah sebahagian daripada koleksi permata nilam.



Ini adalah sebahagian daripada permata yang dipamerkan dan boleh dibeli di Ekspo Barang Kemas Antarabangsa Singapura (SIJE) 2018 yang berlangsung sejak Khamis lalu hingga esok di Dewan A dan B, Pusat Ekspo dan Persidangan, Marina Bay Sands.



Harga permata yang dijual ialah antara $100 dengan $10 juta.



Dianjurkan buat kali keenam, pameran ini disertai 223 peserta dari 26 negara seperti Malaysia, Indonesia, Kemboja, Italy, Malaysia dan India.



Ia dibuka kepada orang ramai secara percuma dari 11.30 pagi hingga 8.30 malam setiap hari. Pada hari terakhir esok, pameran ini dibuka hingga 7.30 malam.



Antara peserta ekspo kali pertama ialah Cik Julitta Savitri Evawani, 55 tahun, dari Jpearls, Indonesia. Minatnya terhadap permata mutiara bermula sebagai hobi. Beliau bagaimanapun memulakan perniagaan ini tahun lalu dan menjual mutiara dalam pelbagai bentuk seperti cincin, rantai dan juga anting-anting.



“Tempoh bagi menyiapkan sebentuk cincin mengambil masa satu hingga dua minggu bergantung pada reka bentuk cincin tersebut. Saya mendapat inspirasi mereka produk baru daripada pelbagai wadah seperti majalah dan Internet.” ceritanya.



Teman senegaranya, Cik Dientje Faruek, 64 tahun dari Dientje Art Stone & Jewellry pula menjual produk perak dan juga buatan tangan yang dihasilkan menggunakan haematite, onyx, batu karang, batu pacitan (druzzy) dan lapis lazuli.



Harga barangan yang dijualnya pula berharga antara $25 hingga $1000. Setiap reka bentuk produk hanya dihasilkan sekali.



“Saya mula mengumpul permata ini 20 tahun lalu dan hanya memulakan perniagaan ini enam tahun lalu. Keluarga saya suka mengumpul permata dan ini memang hobi kami. Tidak secara langsung, saya juga mula minat akan keindahan permata,” kata Cik Dientje.



Para pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai permata yang jarang ditemui seperti rantai loket zamrud 16.41 karat yang direka oleh Michael Koh dari Caratell. Ia adalah salah satu permata zamrud yang berasal dari Habsyah dan telah disahkan dan diiktiraf oleh Institut Gemologikal Amerika sebagai permata semula jadi.



Selain itu, terdapat pertunjukan barang kemas pengantin. Anda juga boleh mendaftarkan diri bagi kursus mengenal pasti permata di kaunter yang dikelolakan oleh Sekolah Antarabangsa bagi Rekaan dan Pengurusan Barang Kemas.



Jika anda berminat mempelajari lebih mendalam tentang permata, banyak program permata dan reka bentuk permata ditawarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >