Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ketengahkan corak fesyen sopan terkini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ketengahkan corak fesyen sopan terkini

Mar 22, 2019 | 05:30 AM



Di sebalik mereka dilahirkan dalam dunia canggih serba moden dengan media sosial menguasai kehidupan mereka, sekumpulan anak muda tidak lupakan budaya Melayu. Aspek ini diterapkan dalam projek tahun akhir mereka di Politeknik Temasek (TP), baik dalam bidang fesyen mahupun komunikasi visual. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.



SEWAKTU memikirkan busana sesuai lagi sopan untuk digayakan pada acara 'prom' atau tamat pengajian menengah empat beberapa tahun lalu, Cik Nur Atiqa Masnizam terbiar kebingungan.



Payah baginya mencari pakaian Muslimah yang tampak moden lagi memenuhi cita rasa anak muda generasi milenial.



Dari situlah timbul keinginan Cik Nur Atiqa, kini 20 tahun, menyertai kursus Diploma Reka Bentuk dan Perdagangan Pakaian di Politeknik Temasek (TP).



Impiannya adalah menghasilkan baju Raya sendiri dan menjanakan pelbagai fesyen sopan yang kian popular di pasaran Eropah.



Lantaran itu, bagi projek tahun akhirnya di TP, Cik Nur Atiqa bergabung tenaga dengan dua rakannya, Cik Tiara Safiah Hamzah, 21 tahun, dan Cik Farhana Ahmad, 23 tahun, dalam mewujudkan jenama 'Corak'.



Tumpuan diberikan pada fesyen gaya sopan atau modest fashion dengan usulan membuka butik di kawasan bernadikan budaya Melayu sekitar Arab Street.



Ketika ditemui di TP baru-baru ini, Cik Nur Atiqa berkata:



"Saya teruja akan kerencaman fesyen masa kini yang 'trendy' lagi sesuai digayakan Muslimah.



"Keadaannya berbeza kini dengan pereka fesyen Barat juga berlumba-lumba menghasilkan busana yang sesuai buat Muslimah."



Cik Farhana yang menumpukan perhatian pada aspek perniagaan dan pemasaran fesyen pula menambah:



"Dengan kami mengusulkan fesyen sopan ini, tiada kebimbangan atau keluhan bahawa sesuatu baju itu jarang, singkat atau tidak sesuai dengan lunas-lunas agama Islam.



"Di sebalik fesyen sopan ini biasanya digayakan wanita bertudung yang mencari kelainan dari segi corak fabrik, ia juga sesuai buat wanita yang secara umum selesa dengan pakaian yang tidak terdedah."



Dalam menyiapkan busananya, Cik Nur Atiqa menggunakan corak retro era 1970-an dengan warna fabrik terang-benderang lagi menyerlah.



"Saya ingin si pemakai baju ini merasakan keyakinan diri yang harus ada pada seorang wanita. Melalui kajian kami pula, kami dapati wanita memulakan gerakan memperkasa diri pada tahun 1970-an. Sebab itu, corak era tersebut amat sesuai bagi kami paparkan," jelasnya.



Dalam pada itu, belia berkaca mata ini begitu teruja dengan dua perkara yang ingin dilaksanakan kelak selepas tamat pengajian di TP.



"Pertama, saya tidak sabar mengendalikan gerai kecil yang menjual aksesori batik dan beg yang dijahit sendiri di Bazar Punggol tidak lama lagi.



"Saya pernah menjahit beg buat projek amal disusuli dengan jualan beg batik yang popular dalam kalangan belia dikir barat.



"Saya kira ini satu titik permulaan yang baik dalam saya mengekalkan warisan dan identiti anak Melayu yang condong pada warisan fabrik seperti batik.



"Saya juga berharap satu lagi impian saya iaitu menyertai kursus ijazah undang-undang di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) menjadi kenyataan.



"Memang jauh beza antara fesyen dengan undang-undang tetapi saya pun minat menghurai dan memperjuangkan sesuatu kes," jelasnya lagi.



Cik Tiara Safiah yang awalnya ingin menyertai kursus diploma pengurusan acara pula menambah:



"Sebenarnya, saya tidak merancang pengajian atau kerjaya dalam bidang fesyen. Namun, saya melihat bidang fesyen ini sebagai cabang rekaan kreatif yang menuntut fokus tetapi boleh juga membawa manfaat buat wanita yang mencari kelainan dan perlu memperkasa diri dengan gaya menyegarkan," jelasnya.



Cik Farhana menambah:



"Lebih menggembirakan apabila jenama besar seperti Uniqlo juga memasarkan fesyen sopan yang inovatif dan bermutu tinggi bagi pengamatan pasaran dunia.



"Sesuatu yang kita warisi daripada agama Islam atau budaya Melayu ternyata mampu dibawa ke pentas dunia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >