RAKAMAN duetnya membawakan lagu Memori Berkasih dengan penyanyi asal lagu itu, Siti Nordiana, di karaoke media sosial Smule bukan saja menjadi viral dengan lebih sejuta tontonan, bahkan menarik perhatian penyanyi itu sendiri.
Khai Bahar menerima pelbagai maklum balas positif pengguna laman sosial, bahkan turut menerima pelbagai undangan dan permintaan menjalani temu bual dengan beberapa media dan stesen radio tempatan.