Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Kian ramai orang muda minati bidang guaman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bukan sebarang peguam

Kian ramai orang muda minati bidang guaman

Jan 19, 2019 | 05:30 AM



Sebut sahaja kerjaya peguam, yang terlintas dalam fikiran adalah amanah berat yang digalas dalam mengendalikan bermacam kes - daripada perceraian, jenayah hingga konflik perniagaan. Mungkin stereotaip yang 'melekat' dalam benak ramai mengenai peguam adalah personalitinya yang garang, tegas dan tidak mampu diusik. Namun, dalam konteks masa kini, lebih ramai wanita Melayu muda mencapai aspirasi sebagai peguam atas sebab berbeza. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) dan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) melaporkan di halaman ini dan sebelah.




PERTUBUHAN Peguam Muslim (AML) menyaksikan bilangan peguam Muslim yang semakin ramai pada masa ini dan minat yang bertambah dalam kalangan belia terhadap bidang guaman.



Ini hasil maklum balas dan jumlah penyertaan dalam ceramah tahunan serta kegiatan anjuran AML setiap tahun.



Presiden AML, Encik Noor Mohamed Marican, berkata setiap kali acara AML berlangsung, terutama ceramah tahunannya, sekitar 300 hingga 400 peserta menghadirinya - dengan sekitar 50 peratus terdiri daripada peguam muda.



"Jumlah kegiatan kami telah bertambah dan ini menarik perhatian peguam setempat, termasuk yang baru keluar universiti.



"Padahal kami belum adakan sebarang kempen untuk menarik keahlian," kata Encik Noor baru-baru ini.



Justeru AML kini mengorak langkah menarik lebih ramai anggota baru menyertai persatuan tersebut, katanya lagi.



AML akan mengadakan satu pertemuan antara peguam muda dengan veteran pada 22 Februari ini yang dijangka dihadiri sekitar 60 tetamu.



"Tujuan kami memperkenal objektif AML kepada mereka. AML juga melakukan kerja amal.



"Pada masa yang sama, AML juga boleh menjadi platform bagi peguam muda mendapatkan nasihat mengenai etika sebagai peguam," katanya lagi.



Menurut Encik Noor, kebanyakan peguam Muslim kini turut aktif dalam kes litigasi, bukan sekadar di Mahkamah Syariah, malah di Mahkamah Rendah, Mahkamah Keluarga dan Mahkamah Tinggi.



"Sesetengah mereka menubuhkan firma sendiri dan sedang melangkah jauh.



"Namun, kami masih perlukan peguam. Memang kerjanya mencabar dan masih ada ruang bagi peguam menyertai bidang ini, terutama dalam mengendalikan kes komersial yang besar," tambahnya dalam jawapan e-mel kepada Berita Harian.



Encik Noor dilantik selaku presiden AML pada 2012, dua tahun selepas pertubuhan itu dilancarkan.



Sejak itu, AML telah menganjurkan pelbagai kegiatan amal bagi semua bangsa, terutama bagi masyarakat Muslim dalam Ramadan.



Ia turut menganjurkan ceramah tahunan yang membincangkan isu-isu guaman penting.



Antaranya termasuk isu melindungi kanak-kanak, golongan kurang upaya dan pembantu rumah dalam ceramah tahun lalu.



AML turut menerbitkan majalah Al-Mizan dengan kandungannya termasuk ehwal semasa Singapura seperti berita palsu, ucapan berbaur kebencian dan naratif alternatif.



Encik Noor menganggarkan terdapat sekitar 300 anggota AML pada masa ini, termasuk anggota bersekutunya yang bukan Muslim.



Beliau, yang telah menceburi bidang guaman sejak 43 tahun lalu, berkata pengalaman merupakan inti penting yang perlu ditimba seorang peguam yang bercita-cita "melangkah jauh".



Kadangkala pengalaman tersebut memakan masa sehingga berpuluh tahun sebelum seorang peguam itu mampu menguruskan kes lebih berat, katanya lagi.



"Sepanjang tempoh saya menceburi bidang ini, saya dapati banyak yang perlu ditempuhi sebelum seseorang itu dapat mengendalikan kes lebih besar dan berat," ujar beliau semasa ditemui wartawan.



Encik Noor, 68 tahun, berkata mujur teknologi kini banyak memudahkan kerja peguam, yang sebelum ini banyak memerlukan kertas.



"Semua maklumat yang saya perlukan ada dalam telefon bimbit saya. Tak macam dulu. Masuk mahkamah bawa beg, fail bertimbun macam nak belayar," ujarnya sambil berseloroh.



Setiausaha Kehormat AML, Encik Faizal Wahyuni, 51 tahun, pula berkata peguam muda kini perlu berdepan cabaran bersaing bukan sahaja dengan lulusan setempat, malah siswazah lulusan luar negara.



"Kesemua mereka bersaing untuk mendapatkan tempat bekerja di sini. Dengan jumlah lulusan yang semakin ramai, pastinya persaingan lebih sengit," jelasnya.



Penolong Setiausaha AML, Cik Hawa Zinat Jailani, 47 tahun, berkata mereka yang menyertai persatuan itu antara lain berpeluang menjalin rangkaian dengan peguam lebih berpengalaman.



Peguam veteran AML sering mengadakan sesi berkongsi pengalaman serta tunjuk ajar kepada anggota barunya.




"Jumlah kegiatan kami telah bertambah dan ini menarik perhatian peguam setempat, termasuk yang baru keluar universiti...

Tujuan kami memperkenal objektif AML kepada mereka. AML juga melakukan kerja amal...

Pada masa yang sama, AML juga boleh menjadi platform bagi peguam muda mendapatkan nasihat mengenai etika sebagai peguam."

- Encik Noor Mohamed Marican, Presiden Pertubuhan Peguam Muslim (AML), yang akan mengadakan satu pertemuan antara peguam muda dengan veteran pada 22 Februari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >